Monday 29 September 2014

Resolusi Persidangan PPD 2014


PERSIDANGAN KEBANGSAAN
PENGURUSAN PENDIDIKAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
TAHUN 2014

RESOLUSI
Bahawa kami Pegawai Pendidikan Daerah dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah seluruh negara yang telah menghadiri Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Daerah pada  22 – 25 September Tahun 2014 di KSL, Hotel and Resort, Johor Bahru telah bersetuju dan mencapai resolusi berikut;

1.      Kami memahami keperluan dan beriltizam untuk berubah dari segi peranan dan tanggungjawab selaras dengan gagasan PPPM 2013 - 2025

2.      Kami memberi komitmen yang tinggi untuk mengupayakan semua pegawai di PPD dan pemimpin sekolah bagi menjayakan Program Transformasi Pendidikan Daerah.

3.      Kami membudayakan tindakan yang mantap dan pantas untuk kecemerlangan dan keberhasilan murid

4.      Kami mengenalpasti dan menyebarluaskan amalan-amalan terbaik dalam proses merangka langkah-langkah intervensi demi merealisasikan hasrat PPPM.


5.      Kami bertanggungjawab memastikan SIP+ dan SISC+ menjalankan fungsi dan tugas dengan berkesan untuk meningkatkan kualiti kepimpinan dan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah. 

No comments:

Post a Comment