INFO PPPD

TUJUAN

Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung cadangan penganjuran Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pegawai Pendidikan Daerah 2014. 

LATAR BELAKANG

Kejayaan melaksanakan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pegawai Pendidikan Daerah 2013  dengan tema “Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Peneraju Perubahan”  telah mendapat  sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua peserta seluruh negara  serta kehadiran pengucap-pengucap utama tersohor telah dapat mencetus kefahaman dan pembugaran percambahan ilmu kepimpinan serta pengurusan pendidikan dalam kalangan warga kepimpinan pendidikan negara. Hal ini juga telah memberi inspirasi kepada PPD seluruh negara untuk melakukan transformasi PPD dengan tema “DTP : Halatuju dan Cabaran”. Di samping itu penganjuran Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pegawai Pendidikan Daerah 2013 telah menghasilkan empat resolusi penting iaitu: 

Pegawai pendidikan daerah berjanji untuk:
2.1 membantu pemahaman pihak sekolah dalam menghadapi cabaran dan mengetahui punca utama cabaran tersebut
2.2 menjadi satu badan penyelesai masalah yang menyumbang kepada idea penyelesaian masalah tersebut
2.3 memberikan sokongan dan sumber yang diperlukan kepada sekolah untuk mengatasi cabaran
2.4 melindungi sekolah daripada beban urusan pentadbiran untuk membolehkan pihak sekolah meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran
2.5   mengenali dan mengiktiraf amalan baik di sekolah dan menyebarkannya meliputi seluruh daerah.

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pegawai Pendidikan Daerah merupakan program tahunan dan mulai tahun 2012 penyertaan telah diperluaskan kepada Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah  seluruh negara. Persidangan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan memberi impak yang besar dalam pengurusan dan pentadbiran PPD. 

ASAS PERTIMBANGAN 

4. Y.A.B. Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah melancarkan Program Transformasi Kerajaan (Government Transformation Programme (GTP2) pada 28 Januari 2010 dan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pada 11 September 2012 yang memberi kesan langsung terhadap KPM bagi pencapaian NKRA (Pendidikan) dan kecemerlangan sistem pendidikan  negara secara menyeluruh.   

5.   Program Transformasi Daerah di bawah Anjakan ke 6 PPPM bertujuan mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin oleh Pejabat Pendidikan Daerah telah  dirintis  di  Sabah dan Kedah. Hasilnya,   kedua-dua negeri ini  mencatatkan  prestasi  UPSR  terbaik dalam tempoh 8 tahun dan peningkatan tertinggi berbanding negeri lain pada 2013. Gred purata Kedah dan Sabah masing-masing meningkat  0.06 dan 0.07 mata berbanding purata peningkatan kebangsaan sebanyak 0.04  Walau bagaimanapun, kejayaan perlu juga kita ukur dari segi tahap kepimpinan, cara bekerja, akauntabiliti, efikasi dan sejauh mana kelangsungan usaha ini dapat diteruskan.

6. Oleh itu, Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pegawai Pendidikan Daerah 2014 ini merupakan satu persidangan yang dapat memberi peluang kepada semua Pegawai Pendidikan Daerah dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah seluruh negara untuk  menimba ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran bagi memastikan keberlangsungan program transformasi daerah terus berlaku.

7. Jawatankuasa Pengelola Persidangan  menjemput pembentang kertas kerja dari dalam negara yang mempunyai kepakaran, pengalaman dan pengaruh dalam bidang pengurusan serta kepimpinan pendidikan. Persidangan ini di harap dapat  mencetus dan memberi input yang  bermakna kepada para pemimpin pendidikan negara dalam melaksana serta merealisasi NKRA (Pendidikan) dan PPPM 2013-2025 dengan jayanya. 

8. Penganjuran  Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pegawai Pendidikan Daerah 2014 ini selaras dengan status PPD sebagai agen pelaksana PPPM 2013 – 2025 dalam Program Transformasi Pendidikan.



STRATEGI PELAKSANAAN 

9. Menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana bagi memastikan penganjuran program ini dilaksana mengikut prosedur KPM yang ditetapkan. 

10. Semua abstrak kertas pembentangan yang diterima akan dibaca oleh panel bebas bagi memastikan kualiti kertas pembentangan memenuhi kriteria dan matlamat Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pegawai Pendidikan Daerah 2014. Seramai 365 orang peserta dijangka akan menyertai program ini yang akan diadakan di sebuah hotel di Johor Bharu.

No comments:

Post a Comment